INFO UMK

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN





Latar belakang dan Penubuhan:

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah  diumumkan penubuhannya semasa pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 31 Mac 2006. Ia kemudiannya diluluskan penubuhan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Jun 2006 dan diperbadankan pada 1 September 2006 sebagai Universiti Awam yang kesembilanbelas ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia.  
Teras utama pengajian di UMK adalah keusahawanan dan perniagaan, sains sumber asli, teknologi kreatif dan warisan, perubatan veterinar, nilai-nilai murni dan kemahiran insaniah serta kemahiran bahasa asing. Sehubungan dengan teras tersebut, Visi dan Misi UMK adalah seperti berikut:-

VISI:

Peneraju pembangunan modal insan bercirikan keusahawanan bagi kesejahteraan global.    
     
MISI:

UMK menyediakan:
1.  Program Akademik berkualiti dan relevan
2.  Penyelidikan dan inovasi dengan nilai komersial tinggi
3.  Perkhidmatan yang memenuhi tanggungjawab sosial
yang mampu meningkatkan daya saing dalam keusahawanan.
UMK sentiasa mengutamakan keperluan pelanggan dan memenuhi kehendak pasaran dengan menyediakan persekitaran yang kondusif dan Warga UMK berpengetahuan, berkemahiran dan komited mengamalkan budaya kerja profesional, mengurus secara partisipatif serta melaksanakan penambahbaikan berterusan.
OBJEKTIF
Objektif Universiti adalah:
1.  Menyediakan kursus pengajian dan latihan dengan memberi penekanan kepada penghayatan ciri-ciri keusahawanan dan pembangunan insaniah merentasi kurikulum
2.  Membangun modal insan berkualiti yang menyumbang dengan efektif kepada pembangunan negara dan dimanfaatkan oleh masyarakat
3.  Membangun keupayaan staf dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat (PSH), kepimpinan dan pengurusan
4.  Membangun kapasiti dan keupayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi meningkatkan daya saing dalam penjanaan kekayaan negara
5.  Menyediakan infrastruktur dan sokongan yang kondusif sebagai asas kepada pembangunan Universiti bertaraf dunia
6.  Melaksanakan aktiviti pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)
7.  Mengamalkan pengurusan kewangan yang efektif dan berintegriti tinggi.
UMK mula beroperasi pada sesi 2007/2008 di Kampus Sementaranya di Institut Perguruan Kota Bharu dan Taman Bendahara di Pengkalan Chepa, Kelantan. Semua pelajar akan ditempatkan di Kolej Penginapan Taman Bendahara, Pengkalan Chepa.
Terdapat  empat buah Fakulti dan sebuah Pusat Pengajian beroperasi di UMK iaitu :
1.  Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan
2.  Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli
3.  Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
4.  Fakulti Perubatan Veterinar
5.  Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah.
Prospek Masa Hadapan

UMK akan menjadi sebuah universiti yang terkehadapan dalam pembangunan modal insan melalui penerapan nilai-nilai keusahawanan , kemahiran bahasa antarabangsa dan ICT.

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Untuk  kemasukan sesi 2011/2012, UMK akan menawarkan LAPANBELAS (18) program Pengajian Peringkat Ijazah Pertama iaitu seperti berikut :
            
1.         Fakulti Keusahawawan dan Perniagaan
1.  Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) dengan Kepujian
2.  Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan) dengan Kepujian
3.  Sarjana Muda Keusahawanan (Hospitaliti) dengan Kepujian
4.  Sarjana Muda keusahawanan (Keusahawanan Kesihatan) dengan Kepujian
5.  Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik & Perniagaan Pengedaran) dengan Kepujian 
6.  Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) dengan Kepujian 
7.  Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam) dengan Kepujian
          
2.         Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli
1.  Sarjana Muda Sains Gunaan (Keusahawanan Teknologi Pertanian) dengan Kepujian
2.  Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bioindustri) dengan Kepujian
3.  Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Peternakan) dengan Kepujian
4.  Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Sumber Asli) dengan Kepujian
5.  Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Kelestarian) dengan Kepujian
6.  Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosains) dengan Kepujian
7.  Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Pembangunan Produk) dengan Kepujian
8.  Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Bahan) dengan Kepujian 
3.         Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
1.  Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian
2.  Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
4.         Fakulti Perubatan Veterinar
    1.   Sarjana Muda Perubatan Veterinar

LOGO UMK


UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN-RELEVEN UNIK DAN BERBEZA

KEUNIKAN PAYUNG


KEUNIKAN REKABENTUK



KEUNIKAN TEMPAT KEDIAMAN PELAJAR


KEUNIKAN KESENIAN







1 comment:

  1. LATAR BELAKANG UMK

    Sejarah Ringkas Universiti Malaysia Kelantan (UMK)


    Universiti Malaysia Kelantan atau ringkasannya UMK ialah sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) ke-19 yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia yang ditempatkan di Negeri Kelantan Darul Naim. Sebagai sebuah universiti komprehensif, UMK turut memberi tumpuan kepada pendidikan keusahawanan yang merealisasikan ciri-ciri sebuah universiti keusahawanan.

    PENUBUHAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
    Penubuhan sebuah Universiti di Negeri Kelantan telah menjadi sebagai satu komponen dalam Rancangan Malaysia Ke-9 bagi menyokong pembangunan modal insan berkualiti dalam sektor pendidikan tinggi Negara.
    YAB Perdana Menteri Malaysia ke-5 Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi telah mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menubuhkan sebuah Universiti di Kelantan dalam pembentangan RMKe-9 pada 31 Mac 2006.
    Penubuhan Universiti ini telah mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pada 14 Jun 2006.
    Jemaah Menteri juga telah menetapkan supaya falsafah kurikulum pengajian di UMK berteraskan kepada pendidikan keusahawanan dan enterprais (entrepreneurship education dan enterprises) dalam semua program pengajian. Oleh itu frasa rangsangan seperti “Entrepreneurship is Our Thrust” dan “Entrepreneurial University” digunakan dengan meluas. Pengkhususan pengajian untuk pembangunan jangka masa pendek dan sederhana dikelompokkan kepada tiga (3) bidang pengajian iaitu :
    Keusahawanan dan Perniagaan;
    Teknologi Kreatif dan Warisan; dan
    Agro Industri dan Sains Sumber Asli.

    Kesemua kurikulum pengajian di UMK mewajibkan ilmu keusahawanan tidak kurang daripada 10% jumlah kredit setiap kurikulum. Pada masa yang sama penekanan diberi kepada kemahiran bahasa dan kemahiran insaniah. Semua program pengajian bertujuan untuk melahirkan modal insan negara yang berkualiti tinggi (dengan minda kelas pertama) lengkap dengan ciri-ciri keusahawanan. Modal insan yang dihasilkan dimanfaatkan untuk kesejahteraan global dengan memberi perhatian kepada peningkatan keupayaan dan kemampuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (“capability dan capacity building of SME”) serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat perdagangan dan perindustrian. Dalam semua pelaksanaan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diguna sebagai pengupaya (“ICT as an enable”).
    Penubuhan Universiti ini tercatat dalam sejarah Negara setelah diwartakan pada 7 Disember 2006, P.U. (A) 415 sebagai sebuah Universiti dengan nama “Universiti Malaysia Kelantan” berkuatkuasa pada 1 September 2006.

    ReplyDelete